Apr 12, 2009

VIDEO

Video merupakan teknologi multimedia yang menangkap, merakam, memproses, mentransmisikan dan memainkan gambar bergerak. Video melibatkan penglihatan dan pendengaran kerana ia merupakan gabungan grafik dan audio. Aplikasi video dalam multimedia merangkumi hiburan, interpersonal dan interaktif.

Video digital merupakan sejenis sistem video rakaman yang menggunakan sistem digital dibandingkan dengan analog dalam menghasilkan videonya. Digital video akan dirakam dalam tape, kemudian dimasukkan ke VCD atau DVD melalui optical disc. Kebaikan digital sepeti mudah untuk diubahsuai, berkualiti, interaktif.

Video analog pula sistem video yang menyimpan isyarat dalam bentuk video televisyen, video tape dan video filem atau media yang bukan menggunakan Komputer. Ciri – ciri asas video analog adalah brightness & contrast, colour dan synchronization.

Format fail bagi video yang sering digunakan seperti Microsoft Video For Windows (AVI), Apple’s QuickTime, Windows Media Video (WMV)dan MPEG (Motion Picture Expert Group).

Contoh software yang menggunakan video adalah ReapPlayer, power DVD, QuickTime dan window Media Player.

AUDIO

Audio adalah elemen multimedia yang juga dipanggil sebagai bunyi untuk didengari oleh telinga manusia. Audio digunakan didalam sesebuah video adalah untuk membantu kita memahami mesej yang ingin disampaikan. Terdapat dua bentuk audio iaitu digital dan analog. Ciri-ciri gelombang audio terbahagi kepada dua iaitu frekuensi dan amplitud.

Teknologi yang digunakan dalam audio mempunyai 2 iaitu ADC (analog-digital coverter) dan DAC (digital-analog converter). ADC adalah satu proses mengubah isyarat analog kepada digital, manakala DAC pula sebaliknya iaitu proses mengubah isyarat digital menjadi analog.

Format fail yang digunakan untuk audio seperti WAVEFORM AUDIO [ .WAV ], MPEG audio layer 3 [.mp3], Audio Interchange File Format (. AIF), Real Audio @ Real Media (.RAM dan .RA).

Antara software yang menggunakan audio adalah Winamp, RealPlayer, Windows Media Player, QuickTime

GRAFIK

Grafik merupakan satu diantara lima elemen penting media dalam multimedia. Grafik juga merupakan lukisan kerana tanpa lukisan maka tidak akan terjadi grafik. Grafik adalah imej atau lukisan yang dihasilkan menggunakan komputer untuk memberi daya tarikan kepada sesuatu yang dihasilkan. 2 jenis ketegori grafik iaitu imej vektor dan imej bitmap atau raster.

Imej vektor adalah imej yang disimpan dalam bentuk data point yang dikumpulkan seperti kotak, garis, elips, bulat dan lain-lain. Imej vektor biasanya lebih kecil, tidak pecah, mudah diubahsuai. Imej ini mempunyai saiz fail yang kecil.

Imej bitmap pula imej berbentuk matrik atau garisan titik yang dipanggil pixel yang mempunyai set warna . Imej bitmap akan menjadi pecah apabila imej itu dibesarkan dan saiz failnya adalah besar. Faktor yang memberi kesan kepada saiz fail imej bitmap adalah resolusi dan kedalaman (depth). Resolusi adalah bilangan pixel yang terdapat pada imej. Kedalaman pula merujuk kepada warna dan keterangan setiap pixel. Setiap pixel terdapat 2 atau lebih warna, kedalam warna digambarkan melalui data dalam bits yang menghasilkan warna seperti:

o 1 bit menghasilkan 2 warna (hitam atau putih)

o 2 bit menghasilkan 4 warna

o 4 bit menghasilkan 16 warna

o 24 bit menghasilkan 16,777,216 warna

Antara format fail imej yang digunakan seperti Joint Photographic Expert Group (.JPEG/JPG), Bitmap (.BMP), MPEG, Graphics Interchange Format (.GIF) dan Portable Network Graphics (.PNG).