Feb 4, 2009

multimedia

Multimedia
Multimedia merupakan gabungan lima elemen seperti video, audio, grafik, teks dan animasi. Multimedia pada zaman sekarang digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang antaranya bidang perubatan, pendidikan, perniagaan, politik, hiburan, animasi dan banyak lagi. Disini saya memilih dua bidang penggunaan multimedia iaitu bidang pendidikan dan hiburan.
Bidang pendidikan
kesan penggunaan multimedia ke atas proses pembelajaran dijangkakan begitu mendalam sekali kerana teknologi mengubah kaedah pendidik mengajar dan cara murid belajar. Proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer akan menjadi lebih berkesan dengan kewujudan teknologi multimedia kerana pendidik boleh mempelbagaikan persembahan mereka. Multimedia sekarng makin diiktiraf sebagai alat bantuan pengajaran yang sesuai dalam membantu para pendidik untuk mendalami dan mendasari cabaran dunia pendidikan masa depan . Dengan menggunakan teknik multimedia pembelajaran boleh berlaku secara interaktif. Pelajar dapat berinteraksi dengan media pengajaran tanpa kehadiran guru didalam bilik darjah. pembelajaran yang menggunakan teknologi multimedia boleh membantu guru semasa proses pembelajaran di mana guru akan bertindak pengurus atau fasilatator. Multimedia berupaya untuk menarik perhatian pelajar, memahami idea dan mendapatkan maklumat yang kompleks jika dibuat dengan penjelasan lisan dan membantu mengatasi kesuntukan masa, dan ruang.

Contohnya sekarang sekolah sudah mula menggunakan komputer multimedia, belajar online, menggunakan e-book. UUM juga telah menggunakan pendekatan ini dalam proses pembelajaran seperti Learning Care.