Jan 7, 2009

Pengenalan Diriku



Assalamualaikum semua...
Hai.. saya Noor Haslinda Ismail, kawan-kawan panggil linda saja. Saya berusia 23 tahun berasal dari Kepala Batas, Kedah (tak jauh la dari lapangan kapal terbang). Sekarang saya berada di semester ke3 dalam jurusan Komunikasi di Universiti Utara Malaysia, Sintok.
Saya adalah pelajar lepasan diploma dari POLIMAS, Jitra dalam jurusan Akauntansi.

Saya lahir pada 26 Jun 1986 pada tahun harimau dan bintang saya adalah cancer. Dalam keluarga saya anak yg ke-7 dari 8 beradik. saya mempunyai 4 kakak, 2 abang dan seorang adik perempuan yang baru habis menjalani SPM.

Hobi yang paling saya gemari adalah membaca novel, novel yang berkisarkan percintaan yang romantik. Novel yang saya baca bukanlah saya beli tapi saya pinjam di perpustakaan Kampung Naga. selain novel, kadang-kadang saya suka juga berjogging kalau ada masa terluang bersama kawan saya Nurhanadia. Almaklum la nak jaga badan, jogging ni baik untuk kesihatan. Tempat selalu saya jogging adalah Tasik Darul Aman.






Jan 6, 2009

assalamualaikum

hai saya linda..
selamat berkenalan...